Aku paling takut bersendirian, bukan takut kepada hantu jembalang atau kepada gelap. Cuma selalu bersendirian kadang-kadang menghadirkan syak wasangka buruk yang akhirnya memakan diriku sendiri. Tapi itu hal biasa, yang aku sudah arif mengenainya. Oleh sebab itu, kepada mana2 pasangan di muka bumi Allah ini, ingatlah dan berwaspadalah kita terhadap musuh paling kita benci namun paling dekat dengan kita, iaitu Iblis. Dialah yang akan menghasut sanubari kita dan menghadirkan racun sangat bisa di hati kita, iaitu, ragu a.k.a syak wasangka! Mudah2an kita semua di bawah rahmatNya jua, amin!
Zaiwaurayanun tiada ertinya tanpa Yawausinraya...




