untuk kite2 aje

Foto saya
Tentang yawausinraya.zaiwaurayanun; Kami berkenalan kira-kira tahun 2002 (atu yang tercatat dalam diari zaiwaurayanun). Namun, kami tidak pernah bercakap apatah lagi bertemu. Sehingalah tahun 2003, yawausinraya menghubungi zaiwaurayanun dengan memberikan beberapa kali 'miss call'. Seterusnya, dari sana kami bermesej, bertelefon, dan akhirnya setelah mendengar hanya suara selama setahun lebih, kami bertemu di hujung tahun 2004. Pertemuan demi pertemuan...timbul bibit cinta dalam hati masing-masing. Namun, kami masih lagi sekadar kawan sehinggalah tahun 2006, apabila yawausinraya menerusi 'chat' merisik (istilahnya la..hehe) zaiwaurayanun. Alhamdulillah, bermula detik tersebut kami menjadi sepasang kekasih dan syukur ke hadrat Ilahi, takdir jodoh di tanganNya, kami selamat diijabkabulkan pada 1 Ogos 2008. Sekarang adalah tentang kami...suami isteri.

Blog Archive

16 Mei 2010

IMBAS SEMULA PERJALAN SEORANG ISTERI



26 Feb 2010, hari Jumaat adalah hari bermakna buat aku dan sahabatku, Fidzah kerana hari itu adalah hari pernikahannya dengan lelaki pilihannya. Aku tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dimilikinya. Dalam masa yang sama, hatiku berdebar2 menanti esok hari kerana 27 Feb 2010, adalah tarikh terakhir kuberada di bumi Brunei Darussalam. Bererti hari terakhir kubertemu dengan suamiku tercinta dan keluarga tersayang. Aku dijangka berangkat ke lapangan terbang setelah zuhur & disebabkan kami masih ada seluruh waktu pagi bersama,sumaiku telah membawaku makan sarapan pagi di satu daripada tempat makan yang masuk dalam senaraiku 'mesti pergi'. Aku tahu, pada ketika itu bermacam2 bermain difikiran suamiku. Aku sangat berat hati meninggalkannya meskipun pemergianku cuma 4.5 bulan. Tetapi atas nama tugas dan amanah, aku harus pergi meninggalkan semua yang kusayangi. Setelah zuhur kami berangkat ke lapangan terbang. Sebolehnya aku tidak mahu mengenang lagi saat perpisahan itu. Sehingga ke saat terakhirku bersama mereka, aku cuba mengelak untuk menatap wajah2 kesayangku, terutama sekali suamiku dan ibuku. Kulakukan itu kerana aku tidak mahu menangis..kerana aku tidak mahu mereka bimbang. Ku harus memaksa diriku meninggalkan mereka dan berangkat masuk ke dalam ruang berlepas. Aku tahu, ibuku berusik hati kerana menyangka aku tidak menghiraukannya dengan tindakkanku pergi tanpa menatap wajahnya. Tetapi, sekarang ibuku sudah mengerti mengapa kuberbuat sedemikian.


Belum pun sampai 3 minggu penuh aku di bumi Sydney, orang tuaku datang bersama kakak dan abangku. Mereka tinggal bersama2ku kurang dari 1 minggu. Namun, aku sangat gembira menerima kehadiran mereka menemaniku. Alhamdulillah, aku berkesempatan membawa mereka berjalan2 melawat tempat2 menarik di Sydney. Walau bagaimanapun, seperti dirancang, waktu berpisah pun tiba. Akhirnya sekali lagi aku terpaksa ke lapangan terbang Sydney, untuk melepaskan keluargaku pulang ke Brunei. Kali ini, aku tidak berdaya menahan tangisku. Kuluahkan kesedihan hatiku kepada ibuku untuk terakhir kali kubertemunya di sini. Aku masih ingat ketika itu, ibu yang kupanggil 'mama' menangis bersamaku dan setelah mereka sampai di Brunei, mama langsung memberitahu bahawa mama menangis sehingga dalam kapal terbang...begitulah mama, selama2nya aku adalah anak bongsunya tidak kira berapa pun usiaku, meskipun sekarang aku sudah menjadi seorang isteri.


Setelah hari itu, aku terus melalui hari2 ku sebagai seorang isteri tanpa suami di sisiku...aku harus kuatkan hati demi masa depan rumahtangga kami yang lebih cerah. Ini perjuanganku, ini perjalananku..walau sukar dan hanya aku yang tahu persis bagaimana rasanya kepahitan kualami, namun aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini. Oleh itu, dengan menggagahkan hati dan jiwa, episod baru dalam hidupku pun bermula. aku semakin bermatlamat dalam hidup setelah selama sebulan (Mac) aku langsung tidak menghargai pengalamanku itu. Hidup hanya dengan mengira sisa waktu untuk kembali semula ke bumi Brunei..tetapi akhirnya,aku sedar..aku perlu berusaha dan menghayati kehidupan. Kini aku lebih bersemangat untuk hidup dan belajar..alhamdulillah..perasaan ingin segera selesai belajar semakin menjadi2 apabila hari Jumaat lepas, aku membeli academic dress untuk graduation. Walaupun harganya mahal, tetapi itulah bukti usahaku selama setahun di sini. Sekurang2nya aku puas!

Apa yang kutahu sekarang, aku harus menyelesaikan segala tugasanku dan kemudian bersedia kembali ke Brunei, kembali kepada diriku dulu sebagai seorang isteri kepada suamiku..Wahai suamiku, bersedialah menanti isterimu ini kembali...kupastikan setelah ini, aku kembali membahagiakanmu seperti selalu...

27 April 2010

BERTEMU THREE SISTERS DI BLUE MOUNTAIN

Setelah hampir dua bulan berada di bumi Sydney, baru sekali ini aku berani melangkah jauh dari tempat tinggalku seorang diri. Menyingkap kenangan semester lepas, ke mana pun kupergi, suamiku tercinta akan selalu menemani. Tetapi, tanpa kehadiran suamiku itu, terasa sukar bagiku untuk bergerak jauh. Mungkin kerana kurang yakin dan mungkin kerana berada jauh dari rumah membuatkan aku merasa semakin jauh dari kenangan yang pernah kami bina bersama di rumah sempit kami itu. Secara tidak langsung, berjalan seorang diri itu menjadikan aku merasa sunyi. Tiada jemari mengenggam jemariku seperti selalu, tiada teman bicara sepanjang perjalananku. Walaupun perasaan itu tetap ada, tapi beberapa hari yang lepas aku sudah mula memberanikan diriku untuk melihat dunia dari sudut perspektif berbeza.


Pada hari Jumaat lepas, sepatutnya aku pergi dengan beberapa orang rakan yang lain. Malangnya, mereka menarik diri di saat akhir, dan tinggallah aku dengan seorang rakan yang juga menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana. Sepanjang perjalanan, aku tetap terkenangkan suamiku. Seakan-akan aku merasa kehadirannya bersamaku. Sungguh dalam rinduku kepadanya, meskipun hingga ke saat ini.

Bagaimanapun, pengembaraan sehari itu, kulalui dengan mengukir kenangan baru..merakamkan beberapa foto sebagai kenangan. Tidak kusangka, aku berkesempatan lagi untuk melakukan aktiviti dulunya sering aku dan suami lakukan bersama, iaitu 'hiking'. Sekembali dari pengembaraan, kakiku terasa lelah dan sedikit sakit, mungkin muscle pain kerana lama tidak bersukan.

3 sisters dari jauh..


3 sisters secara dekat..puas mata memandang...