26 Feb 2010, hari Jumaat adalah hari bermakna buat aku dan sahabatku, Fidzah kerana hari itu adalah hari pernikahannya dengan lelaki pilihannya. Aku tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dimilikinya. Dalam masa yang sama, hatiku berdebar2 menanti esok hari kerana 27 Feb 2010, adalah tarikh terakhir kuberada di bumi Brunei Darussalam. Bererti hari terakhir kubertemu dengan suamiku tercinta dan keluarga tersayang. Aku dijangka berangkat ke lapangan terbang setelah zuhur & disebabkan kami masih ada seluruh waktu pagi bersama,sumaiku telah membawaku makan sarapan pagi di satu daripada tempat makan yang masuk dalam senaraiku 'mesti pergi'. Aku tahu, pada ketika itu bermacam2 bermain difikiran suamiku. Aku sangat berat hati meninggalkannya meskipun pemergianku cuma 4.5 bulan. Tetapi atas nama tugas dan amanah, aku harus pergi meninggalkan semua yang kusayangi. Setelah zuhur kami berangkat ke lapangan terbang. Sebolehnya aku tidak mahu mengenang lagi saat perpisahan itu. Sehingga ke saat terakhirku bersama mereka, aku cuba mengelak untuk menatap wajah2 kesayangku, terutama sekali suamiku dan ibuku. Kulakukan itu kerana aku tidak mahu menangis..kerana aku tidak mahu mereka bimbang. Ku harus memaksa diriku meninggalkan mereka dan berangkat masuk ke dalam ruang berlepas. Aku tahu, ibuku berusik hati kerana menyangka aku tidak menghiraukannya dengan tindakkanku pergi tanpa menatap wajahnya. Tetapi, sekarang ibuku sudah mengerti mengapa kuberbuat sedemikian. Belum pun sampai 3 minggu penuh aku di bumi Sydney, orang tuaku datang bersama kakak dan abangku. Mereka tinggal bersama2ku kurang dari 1 minggu. Namun, aku sangat gembira menerima kehadiran mereka menemaniku. Alhamdulillah, aku berkesempatan membawa mereka berjalan2 melawat tempat2 menarik di Sydney. Walau bagaimanapun, seperti dirancang, waktu berpisah pun tiba. Akhirnya sekali lagi aku terpaksa ke lapangan terbang Sydney, untuk melepaskan keluargaku pulang ke Brunei. Kali ini, aku tidak berdaya menahan tangisku. Kuluahkan kesedihan hatiku kepada ibuku untuk terakhir kali kubertemunya di sini. Aku masih ingat ketika itu, ibu yang kupanggil 'mama' menangis bersamaku dan setelah mereka sampai di Brunei, mama langsung memberitahu bahawa mama menangis sehingga dalam kapal terbang...begitulah mama, selama2nya aku adalah anak bongsunya tidak kira berapa pun usiaku, meskipun sekarang aku sudah menjadi seorang isteri.
Se
telah hari itu, aku terus melalui hari2 ku sebagai seorang isteri tanpa suami di sisiku...aku harus kuatkan hati demi masa depan rumahtangga kami yang lebih cerah. Ini perjuanganku, ini perjalananku..walau sukar dan hanya aku yang tahu persis bagaimana rasanya kepahitan kualami, namun aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini. Oleh itu, dengan menggagahkan hati dan jiwa, episod baru dalam hidupku pun bermula. aku semakin bermatlamat dalam hidup setelah selama sebulan (Mac) aku langsung tidak menghargai pengalamanku itu. Hidup hanya dengan mengira sisa waktu untuk kembali semula ke bumi Brunei..tetapi akhirnya,aku sedar..aku perlu berusaha dan menghayati kehidupan. Kini aku lebih bersemangat untuk hidup dan belajar..alhamdulillah..perasaan ingin segera selesai belajar semakin menjadi2 apabila hari Jumaat lepas, aku membeli academic dress untuk graduation. Walaupun harganya mahal, tetapi itulah bukti usahaku selama setahun di sini. Sekurang2nya aku puas!
telah hari itu, aku terus melalui hari2 ku sebagai seorang isteri tanpa suami di sisiku...aku harus kuatkan hati demi masa depan rumahtangga kami yang lebih cerah. Ini perjuanganku, ini perjalananku..walau sukar dan hanya aku yang tahu persis bagaimana rasanya kepahitan kualami, namun aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini. Oleh itu, dengan menggagahkan hati dan jiwa, episod baru dalam hidupku pun bermula. aku semakin bermatlamat dalam hidup setelah selama sebulan (Mac) aku langsung tidak menghargai pengalamanku itu. Hidup hanya dengan mengira sisa waktu untuk kembali semula ke bumi Brunei..tetapi akhirnya,aku sedar..aku perlu berusaha dan menghayati kehidupan. Kini aku lebih bersemangat untuk hidup dan belajar..alhamdulillah..perasaan ingin segera selesai belajar semakin menjadi2 apabila hari Jumaat lepas, aku membeli academic dress untuk graduation. Walaupun harganya mahal, tetapi itulah bukti usahaku selama setahun di sini. Sekurang2nya aku puas! Apa yang kutahu sekarang, aku harus menyelesaikan segala tugasanku dan kemudian bersedia kembali ke Brunei, kembali kepada diriku dulu sebagai seorang isteri kepada suamiku..Wahai suamiku, bersedialah menanti isterimu ini kembali...kupastikan setelah ini, aku kembali membahagiakanmu seperti selalu...




