untuk kite2 aje

Foto saya
Tentang yawausinraya.zaiwaurayanun; Kami berkenalan kira-kira tahun 2002 (atu yang tercatat dalam diari zaiwaurayanun). Namun, kami tidak pernah bercakap apatah lagi bertemu. Sehingalah tahun 2003, yawausinraya menghubungi zaiwaurayanun dengan memberikan beberapa kali 'miss call'. Seterusnya, dari sana kami bermesej, bertelefon, dan akhirnya setelah mendengar hanya suara selama setahun lebih, kami bertemu di hujung tahun 2004. Pertemuan demi pertemuan...timbul bibit cinta dalam hati masing-masing. Namun, kami masih lagi sekadar kawan sehinggalah tahun 2006, apabila yawausinraya menerusi 'chat' merisik (istilahnya la..hehe) zaiwaurayanun. Alhamdulillah, bermula detik tersebut kami menjadi sepasang kekasih dan syukur ke hadrat Ilahi, takdir jodoh di tanganNya, kami selamat diijabkabulkan pada 1 Ogos 2008. Sekarang adalah tentang kami...suami isteri.

Blog Archive

24 September 2008

Ucapan di bulan Ramadan yang mubarak

Selamat Menyambut Bulan Ramadan yang mubarak ini, semoga amal ibadat kita diterima olehNya. Tidak lupa juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Minal Aidil Wal Fa'izin, maaf Zahir dan batin. Selamat Beraya! :) Kepada Isteriku yang kucintai selalu, hubby selalu menyayangimu, semoga perhubungan dan jalinan kita selalu untuk selamanya berkekalan dunia dan akhirat, hubby sangat bersyukur kita akan dianugerahkan cahaya mata yg kita niat2kan selama ini. Insya Allah, Amin.