untuk kite2 aje

Foto saya
Tentang yawausinraya.zaiwaurayanun; Kami berkenalan kira-kira tahun 2002 (atu yang tercatat dalam diari zaiwaurayanun). Namun, kami tidak pernah bercakap apatah lagi bertemu. Sehingalah tahun 2003, yawausinraya menghubungi zaiwaurayanun dengan memberikan beberapa kali 'miss call'. Seterusnya, dari sana kami bermesej, bertelefon, dan akhirnya setelah mendengar hanya suara selama setahun lebih, kami bertemu di hujung tahun 2004. Pertemuan demi pertemuan...timbul bibit cinta dalam hati masing-masing. Namun, kami masih lagi sekadar kawan sehinggalah tahun 2006, apabila yawausinraya menerusi 'chat' merisik (istilahnya la..hehe) zaiwaurayanun. Alhamdulillah, bermula detik tersebut kami menjadi sepasang kekasih dan syukur ke hadrat Ilahi, takdir jodoh di tanganNya, kami selamat diijabkabulkan pada 1 Ogos 2008. Sekarang adalah tentang kami...suami isteri.

Blog Archive

09 Oktober 2008

BELUM REZEKI

Dalam keghairahan kita menyambut bulan Ramadhan lalu, kami menerima satu khabar baik yang sangat mengembirakan, iaitu kami bakal menjadi ayah dan ibu kepada zuriat kami yang pertama. Namun mungkin belum rezeki kami, benih cinta kami yang pertama hanya bertahan selama sebulan 2 minggu usianya pada subuh Isnin, 29 September 2008, dia telah hilang untuk selamanya. Kehilangannya sangat kami rasakan. Walau bagaimanapun, tuhan lebih tahu yang terbaik untuk hambaNya. Pasrah dan bertawakal, insyAllah, ada rezeki adalah zuriat lagi untuk kita, hubby. Kita hanya merancang tuhan yang menentukan.