untuk kite2 aje

Foto saya
Tentang yawausinraya.zaiwaurayanun; Kami berkenalan kira-kira tahun 2002 (atu yang tercatat dalam diari zaiwaurayanun). Namun, kami tidak pernah bercakap apatah lagi bertemu. Sehingalah tahun 2003, yawausinraya menghubungi zaiwaurayanun dengan memberikan beberapa kali 'miss call'. Seterusnya, dari sana kami bermesej, bertelefon, dan akhirnya setelah mendengar hanya suara selama setahun lebih, kami bertemu di hujung tahun 2004. Pertemuan demi pertemuan...timbul bibit cinta dalam hati masing-masing. Namun, kami masih lagi sekadar kawan sehinggalah tahun 2006, apabila yawausinraya menerusi 'chat' merisik (istilahnya la..hehe) zaiwaurayanun. Alhamdulillah, bermula detik tersebut kami menjadi sepasang kekasih dan syukur ke hadrat Ilahi, takdir jodoh di tanganNya, kami selamat diijabkabulkan pada 1 Ogos 2008. Sekarang adalah tentang kami...suami isteri.

Blog Archive

09 Februari 2009

DOA RINGKAS SELEPAS SOLAT

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.